Quantcast
Channel: Ainul Mustafa
Viewing all 367 articles
Browse latest View live

Idola saya dalam Business

$
0
0



Dari kecik kami selalu kongsi rahsia. sampai 1st time dia nak p dating jumpa bakal abang ipar ( dah jadi abg ipar pun skrg) pun ajak saya. gaduh pun kuat jugak.huhuhuhu

kami selalu berkongsi impian.. dan orang paling faham saya adalah dia. kalau nak luahkan apa apa mesti bgtau dia. dia pun apa apa mesti bgtau saya dulu.

Bila dia resign dan focus full time buat business saya diberi amaran " jangan bgtau mak ayah tau"

rahsia disimpan elok..mak ayah tau sendiri.huhuu

Saya kagum dengan dia. sebab dia kuat. walaupun kuat teriak..hihihi tapi dia kuat semangat.

Saya belajar jadi kuat dalam business dari semangat dia. saya belajar ilmu berniaga juga dari dia.

bila saya diuji dalam business... bahu yang saya nak nanges adalah dia. huhu

Dia mak kepada anak 4 tapi berjaya dalam business dan hal keluarga. itu pun kena belajar dari dia..

dialah kakak tersayang Aida Fazlin . kadang kadang dapat whatsapp tanya " hang ok ke? business ok? "

terus berjurai air mata. tak payah cakap. instinct dia macam mak.

terima kasih atas sokongan dan semoga legasi Mumsluv terus cemerlang dan gemilang..

doakan adik hang yang cun lagi comel ni terus kuat dan berjaya.

** dah puji kannn nak baju selai. hahahahaha








Rumah idaman.. Berangan apa salahnya kan

$
0
0

berkongsi di facebook. ramai pulak yang komen. terima kasih tau. terharu saya dengan doa korang. Dah berjaya dapat nanti ainul buat housewarming jemput korang 


Alhamdulillah bersyukur sangat sangat dah beli rumah dekat Shah Alam ni. pada 2009, kami pun baru keje, baru kawen.. majlis kawen pun buat biasa biasa je. duit simpan nak beli rumah. bonus keje dulu pun takde enjoy p mana mana.simpan untuk beli rumah.

Rumah ni akan diwasiatkan untuk Arreessa & Maryam.

2009 kami beli RM290k.. sekarang dah RM500k-RM600k.

Walaupun dah ada rumah sendiri, Ainul tetap ada impian nak beli rumah lagi 1. kali ni nak beli semi d.

kenapa semi d di Shah Alam?

Family kami duduk di shah alam. Jadi ini la kampung kami. senang nak jenguh mereka setiap hari. dok Shah Alam bestttt..tak caya try la duduk.

adik beradik kami ramai. Ainul ada 7 orang adik beradik. Husband ada 5 orang. makin bertambah bila semua dah berkahwin, ada anak anak sedara yang ramai

kami suka buat makan makan.. jadi bila dapat semi d ni ada laman luas. boleh la buat bbq selalu ..

Ainul suka kawan kawan datang rumah. rumah kecik ni pun Chrysalis NurulNoorAzmiah Mohamad Nur Salwa IshakSiti Sarah Mohamad Nor datang lepak buat biskut raya lagi...

Jadi bila ada rumah baru, ada laman boleh la kita buat sukanneka.hihi

dan paling PENTING Ainul nak mak ayah Ainul duduk sekali dengan Ainul. rumah semi d bilik ada 5,6 buah. 1 untuk mak ayah. adik beradik boleh datang lepak, landing bergosipp.. hahaha

Harga rumah semi d kat Shah Alam kalau tengok memang berdarah hidung tapi tak mustahil pun kalau kita usaha nak dapatkannya .betul tak?

cuma kali ni Ainul nak beli CASH. lagi berdarah hidung & telinga dengar kan..hahaaha..impian kena giler uolss..

tak mau hutang hutang buat loan dah. nak bebas hutang. misi sekarang settlekan hutang yang ada dulu. lepas tu baru kita boleh jalankan misi#rumahsemidainulmustafa

Rumah ini pun akan diwasiatkan kepada anak anak. Arreessa dan maryam tak payah berhutang macam mama. hidup bebas hutang lebih aman..

2016 harga RM1.6 juta.. zaman Arreessa & maryam nanti berapa daaaa... tak terjangkau dek akal den. huhuhuu

Doakan perjalanan misi Ainul ni berjaya ye. bukan la dalam amsa terdekat tapi perjalanan nak dapatkannnya pasti indah dan BESTTT





Hb Low Masa Pregnant Boleh efek pada baby

$
0
0
Tahu tak boleh bahayakan baby u ?


terngiang ngiang kata kata nurse masa pregnantkan Arreessa dulu. asal pergi check up mesti kena marah sebab hb sanagt low. paling tinggi bacaan 10. 8 tu biasa.huhuu


cakap je makan apa untuk naikkan hb.bayam, kerang, hati...segala bagai telan.


bertambah lagi dengan "masalah lain" masa tu. Arreessa lahir cukup bulan tapi kecil beratnya . 2.04kg.


Alhamdulillah dia membesar dengan sihat. berkat susu ibu yang aya berikan selama 3tahun kot.


Bila mengandungkan Maryam umur pun dah 30 tahun. 4 tahun tak pregnant baru pregnant balik.


Bila sah pregnant mula takut pasal hb. dan Ainul konsistent makan VITALEA. Walaupun 1st trimester mual, alahan pagi petang siang malam... gagah jugak telan vitalea. tak mau dah HB low..


Alhamdulillah HB sepanjang pregnant normal.. tiada lagi bebelan nurse pasal hb low ni. saya tahu nurse bebel sebab dia sayang saya. Tak marah dia bebel. itu tanggungjawab dia. kerja dia.


Sepanjang pregnantkan Maryam , saya lebih rasa healthy walaupun usia dah 30an. travel sana sini setiap bulan. asa pregnantkan Maryam la pergi singapore la, brunei la, indonesia la. P panjat candi borubodur pun masa pregnantkan maryam 7 bulan.


Terima kasih vitalea banyak membantu saya ekal cergas, bertenaga semasa pregnant. 




Happyyy sangat !!!


siapa yang pregnant wajib ambil vitalea. anda akan rasa bezanya...


http://www.ainulmustafa.com/2014/06/tips-travel-ketika-hamil-supaya-kekal.html

Pengedar Shaklee Shah Alam, Klang, Subang, Petaling Jaya, kelana Jaya,Menara TM

$
0
0


Assalamualaikum,

Saya mengambil Shaklee pada tahun 2011 kerana sering penat, letih . Kerjaya sebagai jurutera yang selalu outsation, travel sana sini menyebabkan saya kerap penat, tidak bermaya dan akibatnya mengganggu produksi susu ibu.

Alhamdulillah set menyusu shaklee banyak membantu saya kekal cergas, bertenaga dan susu ibu pun meriah. Syukur saya berjaya menyusukan anak pertama sehingga 2 tahun walaupun saya bekerja.







Jika anda mencari vitamin untuk


  • KULIT CANTIK
  • KURUS
  • IBU HAMIL/MENYUSU/BERPANTANG
  • SENDI/SARAF
  • ANAK CERGAS BIJAK
  • GASTRIK
  • PUASA
  • NAIK BERAT BADAN
  • RAMBUT GUGUR
  • RESDUNG
  • PEROKOK









COD area Shah Alam, Klang, Subang, Petaling Jaya,Menara TM, Bangsar, Universiti Malaya(UM)

Boleh hubungi kami :-

Pengedar Shaklee area #shahalam

Ainul: 013-3612717
Faiz : 0163944294

Pengguna tegar sejak 2011

Blog business : http://dietdietsihat.blogspot.my/

Blog personal : www.ainulmustafa.com

Terima kasih.





Kisah Benar : Mama, ada hantu kat situ !!

$
0
0
4 tahun sudah berlalu namun ianya masih segar dan masih terbayang bayang sehingga hari ini. Bila dikenang kembali berdiri bulu romaku seperti lagu Hetty Koes Endang . Kalau dulu hanya pernah dengar cerita orang, kisah bed time story tapi bila ternampak sendiri baru la percaya ianya benar boleh menonjolkan diri..

Kisah bermula pada hari saya mendapat bonus dari business part time. Kebetulan mak dan adik adik juga ada datang ke rumah. Alhamdulillah dapat la belanja suami, anak , adik adik dan mak tersayang.
Selesai solat maghrib kami bersiap dan terus menuju ke 1 restoran di seksyen 7 Shah Alam.

Sampai di kawasan tersebut, parking penuh. mungkin time orang balik kerja dan dinner kan. Jadi memang ramai la. Kami parking agak jauh. berjalan sikit ke restoran tersebut.

Arreessa merengek nak saya dukung. oklah dukung dia melalui deretan kedai kedai si kawasan yang begini glamour dengan fesyen terkini. banyak kedai belum buka ketika itu dan ada yang sudah tutup. yelah 4 tahun lepas kawasan itu baru nak membangun..

Bila hampir sampai ke restoran yang kami bercadang nak makan...

Arreessa peluk saya sekuat mungkin. kepalanya rapat pada bahu saya. tangannya genggam erat tudung bawal yang sudah setahun dibeli

Kami melangkah masuk ke restoran itu dan..... " mama taknak makan sini !!!! "

Arreessa menjerit sekuat hati. menangis nangis taknak makan di situ.

" la kenapa sayang?

"taknak kat sini !!! " tangan nya makin kuat genggam tudung saya. kaki meronta ronta tidak mahu masuk ke restoran itu..

Oklah kita makan di restoran sebelah.....

sampai di restoran sebelah dia ok..

mood nya baik, happy tidak seperti melalui restoran tadi..pelik !

Selesai makan pelbagai jenis makanan yang sedap. syukur mak, adik adik, suami tersenyum gembira kekenyangan. Puas hati dapat mengembirakan mereka.

Untuk ke tempat kereta kami parking tadi, kami mesti melalui restoran pertama tadi.

Sampai sahaja di restoran itu...

Arreessa peluk saya erat. tangannya genggam kuat sangat pada lengan saya.

" ishh ! kenapa dia ni "

melintasi restoran itu, saya sempat menjeling apa yang ada di restoran itu. tiada apa yang pelik. ramai orang sedang gelak ketawa, berborak, makan. tiada apa yang berlaku.

tetapi kenapa Arreessa ni?

Sampai ke rumah, Arreessa kembali ceria, bermain main dengan babah nya.

Tiba masa untuk tidur. Mak dan adik adik sudah masuk ke bilik. suasana sunyi malam itu

Suami tidur awal malam itu. tinggal saya dan Arreessa sahaja.

" jom la Arreessa kita tidur"

Kami masuk bilik dan saya menyusukan dia....

Tiba tiba saya terdengar " grhhh.. grhhh "

bunyi seperti seseorang sedang mencakar karpet buluh dalam bilik tidur kami.

" grhhh.. grhhh " bunyi nya makin kerap dan kuat

" mama !! ada hantu kat situ"

zuppp !! tergamam saya bila Arreessa cakap begitu sampai tanganya menghala ke arah kawasan karpet buluh itu.

"ishh mana ada la. jom tido"

saya cuba tenangkan dia... tapi dalam hati sedang menggigil.

saya pejamkan mata sekuatkan mungkin dan mulut terkumat kami membaca Al Fatihah, Ayat Kursi, apa sahaja ayat yang terlintas di fikiran saya.

Bunyi " grhhh.. grhhh " tadi senyap. lega !!!

Saya buka mata nampak Arreessa dah tidur.

Saya baring dan memandang ke arah pintu yang tidak ditutup dan nampak sedikit cahaya dari lampu tangga..

dan masa itu la.. Ya ALLAH terkaku saya sebentar bila saya nampakkkkk

1 bayang dengan rambut mengerbang dan kukunya panjang berlalu dari bilik saya keluar 


bayang itu saya nampak jelas pada pintu..

siapakah itu? adakah ianya dari bunyi cakaran tadi..

Adakah ianya ikut kami pulang?

Macam macam berlegar di fikiran saya

Adakah Arreessa nampak " sesuatu " di restoran tadi. dan sebab itu dia menangis tak mahu masuk ke restoran itu.

Betul la kata orang anak kecil boleh nampak " benda " dan sesetengah restoran memang ada simpan " benda " untuk lariskan perniagaan mereka.

Betul atau tidak atau ianya hanya kebetulan.. hanya ALLAH sahaja yang tahu


kisah benar pada tahun 2012. semoga saya tak nampak ianya lagi dalam rumah ini.




==================================================================

korang pernah dengar kisah kereta Volkswagen Kuning dekat highway. Ni pernah dengar masa keje selalu outstation dulu. Orang yang selalu p outstation drive malam malam selalu dimomokkan dengan kisah ini. betul ke tidak entah la.

korang ada ke pengalaman dengan Volkswagen Kuning ni atau kisah seram yang korang nak kongsikan dengan kami. Kalau ada, boleh la kongsi kisah anda di blog dan anda perluang memenangi OPPO F1s. 



Peraduan yang dianjurkan juga adalah atas kolaborasi antara Bro Framestone dan pihak MIG dalam mempromosikan filem terbaru mereka iaitu Volkswagen Kuning. 

Filem yang bakal ditayangkan pada 22 September 2016 ini bergenre seram pasti menyebabkan anda yang menontonnya tidak senang duduk dari mula cerita sehingga pengakhirannya.




jom layan trailer dia. seram weiiii... baru tengok trailer je. ni kalau tengok kat wayang mau asyik tutup muka je. 







Di kala malam menjelma..
Dendam kesumat membawa...

Misteri Volkswagen Kuning menghantui pengguna jalan raya....
Jangan dicabar, dia mencari, jangan salah pilih jalan, kekuatan emosi halangan segalanya!



#VolkswagenKuning #MiGOnline #VKBloggerReview #BlogRetis #OppoF1s & #SelfieExpert




Acar Strawberry Pedas tapi Sedap

$
0
0
Masa jalan jalan ke sini, Ainul ada beli acar strawberry. 1st time dengar. Bila orang kedai tu bagi test rasa sedap. oklah la beli 2 botol. untuk Ainul dan mertua. nak beli banyak takut tak kena dengan selera pulak kan. kita try dulu



ini dia acar strawberry yang di beli . Bau pun dah menarik. Rasanya? 



Makan dengan sotong goreng tepung. pehh memang layan. Acar ni sedap sangat. cukup pedas bagi Ainul yang giler makan pedas. Siap ada cili padi lagi dalam tu. Boleh makan sekali. 

Strawberry dalam acar pun banyak. tak kedekut dan dimasukkan sebiji sebiji. kiranya kita makan sebiji strawberry dalam acar. 

Siapa yang pergi ke Cameron tu, beli la acar strawberry ni. sesuai sangat makan dengan nasi panas panas. boleh lupa diet .huhuu

3 sebab Kena Tonton Filem Volkswagen Kuning Di Pawagam

$
0
0
Kisah Volkswagen kuning mengganggu di jalan raya bukan cerita baru kita dengar. Ainul sendiri pernah dengar beberapa tahun lepas. Kawan kawan opis la selalu mengusik " ko nanti drive malam alam jangan la terserempak dengan Volkswagen kuning " . mentang mentang la kena drive oustation sorang sorang. Alhamdulillah 6 tahun selalu outstation drive siang malam tak pernah lagi kena kacau dengan Volkswagen kuning. minta dijauhkan la.

Bila mendapat jemputan malam pratonton filem terbaru arahan Shadan Hashim terbitan MIG ni, teruja pulak nak tengok. Rupanya kisah Volkswagen kuning ni adalah kisah benar. ianya benar benar berlaku di Karak Highway. *gulp*


Filem lakonan Pekin Ibrahim, Atikah Suhaime dan beberapa barisan artis hebat. Filem ini adalah filem ke 115 terbitan MiG. jadi bila sudah ke 115 buah filem , adakah filem ini berbeza dari kisah hantu, seram sebelum ini?


3 sebab Kena Tonton Filem Volkswagen Kuning Di Pawagam


1. Hantu yang berbeza

Kalau sebut cerita hantu, cerita seram terbayang hantu pocong, hantu raya. Hantu dengan muka buruk ya amat sampai kita tak sanggup nak tengok, rambut panjang mengerbang dan mesti baju putih. Di filem Volkswagen Kuning ini ada hantu ke? ke kereta itu berubah jadi hantu? atau memang tiada hantu langsung? apapun tiada hantu pocong mahupun hantu terbang sana sini. lain dari yang lain. nak tahu? kena la ke pawangan 22 september ini


2. Hero bukan Pekin Ibrahim?


Kata pelakon utama Pekin apsal pulak bukan hero ni. siapa hero dalam filem ini? Pekin atau ada hero ke dua? mesteri sungguh la Filem Volkswagen Kuning . Volkswagen Kuning  ke hero nya? ehh pelik la kan. Jadi dah tahu kenapa perlu tonton filem ini 22 September ini? Cepat beli tiket 


3. Misteri Volkswagen Kuning terbongkar

Siapa yang pernah dengar kisah kisah berantai pasal Volkswagen Kuning  ni sejak dulu mesti terujakan. Apa kisah disebalik Volkswagen Kuning  ini. kenapa dia selalu kacau orang di jalan raya. takde geng nak racing ke. Misterinya Volkswagen Kuning  sampai masuk suratkhabar tau.


petikan dari  Utusan 


3 sebab utama ini kalau korang nak tahu kenapa, siapa, apa maka sila beli tiket untuk tonton sendiri di pawagam 22 September 2016 ini.

Bongkarkan Misteri Volkswagen Kuning yang menghantui kita di lebuh raya...

Trailer Filem Volkswagen Kuning




Sekitar majlis Malam Pratonton Filem Volkswagen Kuning semalam di Cathay Cineplex di eCurve Damansara









Barbie Dreamtopia Dunia Fantasi

$
0
0
Sebut sahaja Barbie, ianya menjadi idaman kanak kanak termasuk zaman kanak kanak saya. Teringin sangat nak patung barbie. sebab di cantik, ada dress yang menarik.  Bila sudah ada anak perempuan keinginan itu sama sahaja macam kita dulu.

Berbeza nya sekarang Barbie kini lebih fashionable, lebih banyak pilihan dan ada cerita mereka tersendiri. 

Koleksi terbaru Barbie adalah Dreamtopia dunia fantasi yang dicipta oleh imaginasi berani adik bongsu Barbie, Chelsea. Bersama-sama, mereka memulakan pengembaraan yang menakjubkan di empat kerajaan ajaib Dreamtopia: Wispy Forest, Rainbow Cove, Sweetville, and Sparkle Mountain
Melalui pengembaraan mereka, mereka belajar pengajaran yang membantu mereka membesar.

kisah pengembaraan Chelsea ni boleh anak anak tonton di SINI


Arressa dengan koleksi barbie Dremtopia



Apa yang best sangat barbie ni? watch out Arreessa's review





Mulai hari ini 27 September sehingga 2 October 2016, jom bawa anak anak anda ke Aeon Cheras Selatan dimana anak anak berpeluang berimaginasi dengan barbie dimana anak anak berpeluang makeover, bergambar, bermain patung Barbie dan bertemu barbie dari Koleksi Dreamtopia


Boleh ke facebook Barbie untuk info lanjut tau

Tips Memilih Minyak Ikan atau Fish oil

$
0
0

Tips Memilih Minyak Ikan.


Sebelum membeli, anda perlu tau kenapa minyak ikan ni istimewa.
Minyak ikan mengandungi lemak tidak tepu (PUFAs) Omega 3 yang tinggi.


Omega 3 ialah antiradang yang sangat penting untuk mengimbangi radang dalam badan.

Kebanyakan penyakit ialah disebabkan radang terutamanya pesakit kronik mengalami radang sistemik (seluruh badan).

tandanya:
1. Merah
2. Bengkak
3. Sakit
4. Hilang Fungsi (kalau meradang orang kata hilang akal :D)

Radang ni menyebabkan kerosakan di mana-mana saja..radang otak, radang buah pinggang, radang salur darah, radang saraf, radang lutut, radang hati, radang di mana-mana saja yang boleh difikirkan.

----------------------------------------------------------------------------

Omega 3 ni terbagi kepada:

Sumber tumbuhan - Alpha linolenic acid (ALA) : Paling tinggi dalam flax seed.
Sumber Haiwan – Eicosapentaenoic acid (EPA) dan Docosahexaenoic acid (DHA) : Minyak Ikan, Minyak Krill, Minyak hati ikan cod.

Kesan anti radang daripada minyak ikan lebih bergantung pada EPA. DHA berfungsi lebih kepada perkembangan otak kanak-kanak dan juga meningkatkan saiz molekul LDL yang mana baik untuk mencegah masalah penyempitan salur darah.

---------------------------------------------------------------------------------------

Baik, tips 1 dalam memilih minyak ikan yang baik pula:

Kandungan Omega 3 dalam setiap softgel atau cecair. * SANGAT PENTING
- Jumlah kandungan minyak mungkin 1000mg atau 1200mg
- Periksa kandungan EPA dan DHA dan jumlahkan.
- Tolakkan jumlahnya dengan Omega 3..anda akan dapat minyak pengisi @ FILLER!

Sekiranya jumlah minyak 1000mg :

Contoh brand 1 : EPA 180mg DHA 120mg = jumlah Omega 3 --- 300mg Filler --- 700mg

Contoh brand 2 : EPA 396mg DHA 264mg = jumlah Omega 3 --- 660mg Filler --- 340mg

Contoh brand 3 : EPA 540mg DHA 360mg = jumlah Omega 3 --- 900mg Filler --- 100mg

Minyak filler ni digunakan untuk mengisi softgel tu lepas dah letak Omega 3. Contoh minyak filler ni minyak dari mata atau perut ikan yang diproses, minyak omega 6 ataupun ada minyak ikan diisi AIR sebagai filler.

Maka pilihlah minyak Omega 3 betul-betul dan jangan beli minyak penuh air :P

-------------------------------------------------------------------------------------



Brand Shaklee , total  1000mg.

EPA 540mg DHA 360mg = jumlah omega 3 = 900mg , filler 100mg

90% minyak ikan Shaklee pekat, penuh dengan EPA & DHA

jadi anda memilih minyak ikan yang kaya dengan epa dha atau hanya penuh dengan filler minyak kosong.

pastikan setiap pelaburan anda berbaloi. Jom bertukar ke brand yang lebih berkualiti dan anda dapat manfaat yang lebih

nak fish oil Shaklee jom beli Omega Guard

Dapatkan ianya terus dari SINI > http://bit.ly/2dlxdCB



Kisah tali pusat pendek masa pregnant jadi anak tak dapat cukup nutrien

$
0
0


"tali pusat awak sejengkal je"

6 tahun lepas itu kata Doktor Pakar O&G selepas proses bersalin czer berjaya dilakukan.

Arreessa dilahirkan 37week dengan berat 2.04kg. Kecil je walaupun cukup bulan. kenapa kecil? Ye masalah tali pusat yang tak boleh bawa cukup nutrisi pada anak. Maafkan mama sayang. Alhamdulillah Arreessa baby yang kuat. membesar dengan sihat


4 tahun selepas itu, saya hamilkan Maryam. Saya check up ke hospital yang sama tapi pakar yang lain. rekod lama dah ada dan Doktor cakap " anak ke dua ni akan alami masalah yang sama. kemungkinan akan lebih kecil dari pertama"

Kalau Arreessa lahir 2.04kg , anak ke dua akan lebih kecil ?

Maka doktor yang comel dan cool tu berikan sejenis ubat untuk membantu "lancarkan blood circulation" pada tali pusat. akan tetapiiiii akan ada side effect seperti pedih ulu hati dan lain lain.

kena makan ubat dari dari awal pregnant sampai 30w tak boleh miss.

Adoiii !! terbayang pedih ulu hati tu macammana la. dah la alah teruk ni. nak hadap sakit lain lagi. tak sanggup rasanya. tapi kalau tak makan macammana tali pusat nak berfungsi dengan baik. macamana zat, nutrien, oksigen nak sampai pada baby.

Saya tekad dan tawakal pada ALLAH. saya takmau makan ubat doktor tu. Saya makan omega guard. maafkan saya doktor. saya tahu doktor sayang saya. saya pun sayang doktor. tapi saya ada pilihan kan.

setiap kali check up Alhamdulillah berat baby bertambah. berat mak pulak yang susah bebenor nak naik. eh pasal makan omega guard ke.

genap 38week, Maryam lahir dengan berat 2.46kg lagi berat dari Arreessa dan saya berjaya bersalin normal . saya sempat tanya doktor " tali pusat saya ok? "

doktor cakap semua ok. semua dalam keadaan baik.

Omega guard ni fish oil. bukan untuk motor skill baby jugak tapi bantu untuk blood circulation

inilah adalah usaha saya dan pastikan mendapat nasihat doktor. banyakkan berbincang dengan doktor. doktor yang baik akan sentiasa support kita.







Alhamdulillah... No 3 is Coming !!

$
0
0
Assalamualaikum dan rasa nya 2 minggu tinggalkan blog ni. Maaf sangat sangat keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Alhamdulillah ..ramai yang dah tahu bila letak status add math ni je. siapa yang kenal Ainul memang tau la habit yang suka buat add math hanya masa pregnant. terpengaruh dengan dakyah yahudi betul.hihi



InsyaALLAH baby no 3 akan datang Mei 2017 ini. Doakan semua berjalan lancar proses kehamilan kali ini.




Browser "HALAL" pun ada ke ?

$
0
0
Korang jangan ingat makanan je kena ada sah halal. Nak melayari internet pun kena guna browser halal? Terkejut tak. 1st time jugak dengar browser halal di Oh!Media ni. Halal di sini bermakna patuh syariah. Dunia tanpa sempadan sekarang menyebabkan kita boleh melayari internet di mana mana dan boleh tengok apa sahaja. Cari je keyword apa sahaja semuanya akan dipaparkan.

muka cover malu kalau tetiba keluar "benda jahat" huhhuu


Akan tetapi bukan semua orang berjiwa suci murni tau. dan kadang kadang kita yang suci murni ni pun terjebak dengan benda benda "bahaya" ni. Tengak syiok nak cari resepi, deko rumah tetiba keluar iklan porno kau. terkejutz mak. Kalau kat rumah boleh la ko cover terus tutup. Kalau di pejabat atau di tempat umum , orang yang nampak dah ingat ko otak " blue" . Padahal kita mangsa keadaan. Ala ala mangsa cyber gitu.

Anak kecik sebesar Maryam ni pun dah pandai buka youtube sendiri. Dia bukan pandai baca lagi. Main tekan je. Yang main tekan tekan tu bahaya dan ramai orang jahat di luar sana ambil kesempatan sebarkan idologi jahat nak merosakkan anak anak kita dengan video frozen 18sx pulak. Budak kecik apa la tahu. Dia tahu nampak Frozen comel je.

gini la bila semua sibuk melayan handphone

Di Oh!Media ada terangkan mengenai Salam Browser dimana Salam Browser ni akan block dulu benda benda yang tidak sepatutnya kita tengok dan anak anak tahu.

Browser ni mampu elakan sebarang "click bait" pada iklan, post atau video yang mempromosikan tentang judi, pornografi, malware, dan apa sahaja scam yang membawa kepada perkara negatif


3 Benda yang Menarik pasal Salam Browser ni 

1. Menyekat sebarang iklan & kandungan yang tidak sesuai


Benda ni paling penting dalam setiap browser kan.  Salam Browser ni secara automatik akan block siap siap apa juga aktiviti, iklan yang tidak sihat. Jadi takde la sambil cari resepi keluar gambar lucah pulak.


2. Melindungi privasi dalam talian.

Salam browser ada VPN (Virtual Private Network) percuma supaya IP dan lokasi anda tidak terdedah kepada sebarang website yang tidak bertanggungjawab. Ini sangat sangat penting supaya hackers susah nak detect IP kita.

Salam Browser akan ditandakan dengan 'https' hijau di hadapan bahagian URL yang membawa maksud anda sedang melayari website tersebut dengan selamat. Fungsi ini sangat berguna apabila anda melakukan sebarang transaski pembelian, membeli-belah secara online, dan juga perbankan dalam talian.


Salam Browser ni akan terus dalam " incognito window " . Jadi kalau kita suka guna public pc, atau guna komputer di pejabat , secara history akan dipadam. Bahaya tau kalau orang tahu password kita. dan tak selesa juga kalau orang tahu kita ni search apa kan. 


3. Melayari internet dengan lebih pantas

Paling best Salam Browser ni sebab kita boleh layari internet lebih laju walaupun kita guna internet yang rendah. 


Nak terus download pun boleh. klik je yang hijau tu. atau kita nak dengar lagu nak audio sahaja boleh klik audio. 


Memang best Salam Browser ni. Nak download boleh download kat sini > salambrowser.com

Tips Saya Atasi Alah Masa Pregnant

$
0
0
Pregnant kali ni badan banyak angin. Badan cepat berangin kalau lambat makan. walaupun baru sejam lepas makan nasi. huhuhu

Bila badan berangin mula la pening kepala, mual dan nak muntah.

kekasih hati peppermint ginger plus banyak membantu melegakan angin angin yang ada. lega sangattt

pernah cuba buat sendiri rebus halia dan minum airnya. rebus halia + lemon, rebus halia + madu. tapi tak se kaw bila makan PGP ni.

herba tumbuhan yang ada dalam PGP ni

1. Pokok Adas / Fennal

Ia membantu menghilangkan kembung perut, melegakan kesakitan perut dan membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus. Biasnya orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk tujuan menghilangkan masalahkembung perut.

2. Cekur manis (anise)

Bagi orang Mesir Purba, mereka telah lama menggunakan cekur manis. Sebab apa? Ia dapat membantu melegakan masalah pencernaan, mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut, dan merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan. Cekur manis juga mampu memberikan peredaran tenaga di dalam badan.

3. Daun pudina

Daun ini banyak digunakan bagi membantu proses penghadaman. Ia juga kerap digunakan untuk mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness bagi ibu mengandung. Daun pudina juga dapat mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit termasuk mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi seperti muntah dan hilang selera makan. Kerap demam? Daun ini dapat merangsang pengeluaran peluh sekaligus mengurangkan risiko demam akibat selsema dan demam lebih cepat kebah.

4. Halia

Sejak 2000 tahun lepas, orang Cina telah lama menggunakan halia untuk tujuan kesihatan dan pemakanan harian. Halia sangat baik untuk merangsang rembesan enzim Salvia supaya makanan lebih mudah dicernakan. Halia juga membantu melegakan sakit perut, mengurangkan sakit senggugut dan mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss / selepas pembedahan.








Harga 1 botol RM45 je uolss. senang buka dan makan je. tak payah nak kena kopek, rebus, menunggu , tapis baru boleh minum.

cuma kena la tahan bila angin kus kus banyak keluar. hahahaha. minta ampun kat cik abam siap siap. hihihi


Selain makan peppermint, Ainul makan herbal blend. eh bukan makan tapi sapu. sapu herbal blend?




Korang jangan ingat herbal blend guna untuk sapu ruam baby je. Banyak guna herbal blend ni.

Sebelum nak tido Ainul sapukan herbal blend kat tapak kaki, betis , kat belakang tengkuk dan belakang badan. sedappp...selesa sangat. Rasa macam dimanjakan macam baby. hihihi

Kat perut pun sapu setiap kali mandi... nyahkan stretch mark buruk itu. kena jaga dari awal pregnant. Jangan tunggu perut dah besar, stretch mark dah beribu baru nak sapu.

Selain bila badan berangin.... kalau selsema, hidung tersumbat pun Ainul akan sapu dekat hidung dan dada.

kalau baca di webMD khasiat rosemary

Rosemary is used for digestion problems, including heartburn, intestinal gas (flatulence), liver and gallbladder complaints, and loss of appetite. It is also used for gout, cough, headache, high blood pressure, and reducing age-related memory loss.

rosemary antara bahan yang ada di dalam herbal blend ni tau

jadi herbal blend sesuai untuk untuk kecil elak kembung perut, elak badan berangin selain untuk ruam, gatal gatal

Alfatihah Untuk Sahabatku.

$
0
0

Dia Best Friend Saya

Kami kenal dari sekolah rendah dan sampai ke sekolah menengah. Form 1-3 kami 1 kelas. Form 4-5 je kelas lain. Dia masuk ke kelas aliran Agama, saya masuk aliran sains.

Korang selalu cakap lelaki dan perempuan tak boleh best friend nanti terjatuh cinta. 8 tahun jadi sahabat baik, kongsi masalah, kongsi hang minat sapa..hahha.. gosip dan macam macam.


Lepas SPM kami berpisah.. dia masuk Uniten di Muazzam Shah dan saya masuk Matrikulasi. Dulu mana ada handphone jadi kena tunggu cuti sem baru dia akan call rumah.

Sehingga 1 masa dah lama sangat dia tak call. Pelik la jugak. Dia sibuk kot.

Di Matrikulasi masa tu saya takde handphone. Jadi kalau family nak call diaorang akan call roomate saya.

Suatu hari, saya keluar p makan selepas maghrib. selalu selepas makan balik bilik. hari tu entah la banyak pulak tempat p singgah

Balik je bilik roomate kalut... " Ainul p mana? semua orang cari "

eh kenapa ni?

"Ainul ada kawan Ainul call. dia cakap ada kawan meninggal accident"

Rasanya Ros Safina yang call kan . " Ainul , Faisal dah meninggal "

terduduk !!

Esoknya saya dengan kawan kawan sekolah pakat nak balik untuk ziarah arwah buat kali terakhir. Tapi.... warden tak lepaskan. sedih sangat masa tu. Kawan kawan cakap nak fly je balik. erhhh diaorang lelaki berani la. Aku sorang je perempuan ni. kalau ayah tahu mati.

Kali terakhir saya jumpa arwah berdepan hanya hari terakhir zaman persekolahan..

Sejak arwah meninggal , setiap malam asal pejam mata bayangan arwah selalu datang. sampai la saya di UTM. Takut sangattt sampai mengigigil nak tidur.

Saya bercerita pada seorang sahabat ..kata " Ainul redha tak dia pergi ? "

Macam tak percaya apa yang kawan di cakap..

Solat hajat, baca yassin.. dan setiap kali solat Ainul doa " ya ALLAH, aku redha sahabatku Faisal pergi. Tempatkan la dia di tempat orang yang beriman. Jauhkan dia dari seksaan kubur "

Bukan sekali buat.. banyak kali .tak sempat nak kira berapa kali. Alhamdulillah tiada lagi bayangan arwah setiap kali pejam mata.

14 tahun sudah Arwah pergi meninggalkan saya. Kenangan kami tetap saya ingat sampai bila bila.

Terima kasih kerana menjadi sahabat terbaik saya. segala rahsia kita , Ainul simpan sampai mati.

Ainul ada sahabat baik selepas kamu Faisal. Nama dia Joe Labu. Kalau la korang dapat jumpa mesti kecoh. Hang mesti nak cite pasal aku comot dulu kan... hihi

Al Fatihah Untuk Arwah Mohd Faisal Bin Rasid


******************************************************************************

Ainul share kisah ini di FB. ya ALLAH tak sangka kawan kawan sekolah ramai yang komen. dan paling tak sangka cikgu pun komen. Ramai yang merindui arwah. Arwah memang seorang yang baik







TIPS URUS MASA BEKERJA DARI RUMAH

$
0
0

# TIPS 1 : Bangun awal dari anak anak


anak anak saya akan bangun jam 6.30 - 7 pagi. Jadi saya kena bangun min sejam lagi awal dari mereka.


ala susah la nak bangun awal...

Kenapa bulan Ramadan kita boleh bangun seawal 4 pagi untuk masak sahur? sebab kita dah set mind kita kena bangun awal masak sahur kalau tak terlepas sahur..

Jadi kita sudah berlatih 30 hari maka teruskan untuk hari hari berikutnya..

Bila anak anak dah bangun boleh la kita layan mereka pulak.



# TIPS 2 : To Do List




Sebelum tidur atau selepas bangun bagi, kita buat TO DO LIST

Apa itu TO DO LIST?

Senaraikan apa yang kita nak buat sepanjang hari tersebut. Tak kira sama ada mahu basuh baju, sidai baju , pergi ke pasar beli ikan, sayur, mahu tulis blog mengenai apa...

Senaraikan...

nampak mudah dan ramai yang ambil mudah hal ini

Namun, benda yang mudah ini la mampu membantu kita dalam menguruskan business & rumahtangga dengan baik

sudah buat to do list anda hari ini? kalau belum DO IT NOW !!



# TIPS 3 : SOHO



SOHO adalah small office home office atau bahasa biasa kita katakan office di rumah

samaada kita bekerja di rumah sepenuh masa atau secara sambilan, kita perlu ada tempat khas untuk diri kita melakukan kerja kerja berkaitan business

Hiaskan ruangan soho anda dengan kata kata motivasi, vision board bagi meningkatkan semangat anda

Ruang soho penting untuk kita focus pada kerja dan beritahu anak anak ini ruang mama bekerja. insyaALLAH anak anak akan faham.

Anda boleh juga sediakan 1 ruang disebab soho anda ruang untuk anak anak bermain.

tidak perlu meja, kerusi yang mahal. cukup sekadar ianya selesa dan boleh membantu anda bekerja dengan efficient.



~AinulMustafa~
catatan ibu bekerja dari rumah

Aktif ketika Pregnant .. Ini Cara Saya

$
0
0
Asal mengandung je tergedik gedik nak panjat gunung, bukit la...

Ramai cakap masa pregnant kan maryam nampak healthy sangat.



Alhamdulillah. memang rasa sihat, bertenaga walaupun sudah 30tahun. 1st trimester tu alah teruk jugak bila dah masuk 2nd trimester tu memang sakan la berjalan sana sini.

Beza Arreessa dengan Maryam 4 tahun. Jadi bayangkan la 4 tahun baru pregnant semula. Umur pun 30 tahun. Jadi bila tahu je pregnant Ainul memang jaga betul betul. Pastikan makanan terbaik, cukup khasiat dan vitamin tak miss makan. Yelah nak harapkan nutrisi 100% dari makanan aje memang tak cukup la.


Masa pregnantkan Maryam sangat aktif berjala travel sana sini. Singapore, Brunei, Indonesia dan 1 Malaysia berjalan sakan. Boleh dikatakan setiap minggu ada je p sana sini.

Paling ingat sekali travel ke Jogja dan panjat Candi Borubodur masa pregnant 7 bulan. Tak mau lepaskan peluang bila dah sampai sana kan..

Lepas tu naik train 8jam dari Jogja ke Jakarta dengan Arreessa. Serius best. Pemandangan suasana kampung di sana cantik. tenang je.

Tahun ni Allah bagi rezeki pregnant lagi. Beza 2 tahun kali ni. ni detox Shaklee punya pasal la. hihihii . Alhamdulillah rezeki..dah tua kena beranak cepat cepat sebelum tutup buku.

Minggu lepas , Ainul dengan husband berpeluang ke special trip Shaklee ke Langkawi. Kehamilan baru 13minggu masa ni.



Antara aktiviti yang Shaklee dah aturkan adalah naik cable car dan naik boat ke Mangrove Tour

Banyak kali tour agent tu bagitau pregnant mom tidak digalakkan naik cable car dan naik boat.

Biasa la .. Ainul spesis degil.hahahha. Dah alang alang datang mesti kena cuba semua tu. walaupun nanti boleh datang je sendiri naik tapi ianya tak sama dengan pergi dengan shaklee sebagi VIP. naik dengan kawan kawan geng bas sekolah. Syiok tauuu

Naluri hati seorang ibu.. hati kata okey, pastikan makan pagi banyak banyak, makan vitamin cukup untuk membantu seharian beraktiviti

Alhamdulillah dapat merasai setiap detik best dengan kawan kawan.

Terima kasih jugak kawan kawan Nurul Hidayah ZakariaNoorAzmiah MohamadZeti Hafiza ZakariaKhairani BahaudinAynies AniesNajihah Razali yang banyak support saya, jaga saya. Dari naik kete cable, naik boat. " Ainul ok? Ainul duduk sini "

Thank u korang... sayang korang ketat ketat...

kenangan menjerit jerit dalam boat tak akan dilupakan sampai bila bila. Moment paling indah kan..



Terima kasih jugak buat Joe Labu yang izinkan saya buat benda benda ni. Jom next year kita kejar Kangkaroo pulak dengan Maryam & Arreessa.

Jadi kalau pregnant set paling saya suka mestilah set Hamil Shaklee. Wajib ambil dari saat tahu pregnant sampai bersalin dan berpantang.

Apa yang ada dalam set pregnant shaklee




1. ESP - Sumber protein untuk memastikan sel-sel bayi berkembang dengan sihat, mengurangkan rekahan kulit, membantu menghasilkan kulit yang lebih sihat berseri

2. Vitamin C– Membina saluran darah yang sihat, meransang penyerapan zat besi dan asid folik, membantu penghasilan kolagen untuk membentuk kulit dan tulang bayi, meningkatkan sistem imunisasi

3. Vita-lea - multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi untuk mencegah kekurangan nutrisi. Zat besi mencegah anemia dan darah rendah. Mengandungi asid folik yang penting untuk perkembangan bayi.

4. B Complex– Mengurangkan tekanan (stres), meningkatkan fungsi saraf, mencegah kecacatan tiub neural, mengurangkan risiko kencing manis, mengurangkan risiko pra-matang

5. Ostematrix– kalisum-magnesium yang turut dilengkapi vitamin D dan mineral lain utk membantu penyerapan kalsium. Penting untuk bina dan hasilkan tulang yang kuat.

6. Omega Guard– mengandungi 70% asid lemak omega-3 (EPA & DHA). Penting untuk perkembangan otak bayi dan penglihatan awal bayi.

AinulMustafa
www.ainulmustafa.com







Food Delivery Nasi Campur Sedap Murah Di Shah Alam

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Lama bersawang blog ni. Adoi penangan mabuk takde la pulak. Ni malas punya pasal. huhuhu

Ok lah nak cite pasal hal makanan ni. Kebetulan sebulan lepas ( hah cite sebulan lepas punya tau.huhu) , kami satu family ni ALLAH uji sikit dengan masalah kesihatan. 1 family demam. Bermula dengan Arreessa, maryam dan last sekali mama abah diaorang la.

Ada 1 hari tu ya ALLAH badan penat betul. Husband pulak hari tu teruk panas nya. Ainul nak masak pun barang dapur semua dah habis. Nak keluar memang tak larat la sangat. Biasa la mak mak kannn.. pagi pagi dok pikir dah kang tengah hari nanti nak makan apa ni. pagi ni boleh la makan roti, minum ESP je. Tengah hari nak juga makan berat sikit kan. Time pregnnat ni tak boleh miss waktu makan. Bila badan berangin lagi parah..

Takkan nak call piza, McD kot. Oh ! dah lama tak makan fast ffod. Tak sihat nak makan fast food. Oh memang tidak la. Lagi la susah nak cepat sembuh. Nak nasi !!!

Tetiba teringat iklan iklan orang dekat Shah Alam Resident pasal ada orang boleh buat food delivery nasi makan tengah hari. Terus buka balik group tu . Berjasa sungguh la group tu. banyak info pasal Shah Alam ni boleh tahu. 

Akhirnya jumpa dan rezeki Ainul anak beranak jugak. patut pukul 10 pagi dia dah stop ambil order. Ainul whatsapp dia pukul 10.15pagi macam tu. Rezeki sangat dia cakap still boleh order.

Alhamdulillah dia janji dalam 11.45-12tgh hari dia hantar. Memang tepat masanya dia sampai. bayar masa dia hantar dan terus boleh makan...

Ainul order di Zaifa Fooddelivery. Kalau area Shah Alam free delivery. Memang berbaloi la. Ada 2 jenis set kita boleh pilih. Set budget RM6 perset. Ok la kan. termasuk nasi ye. Kalau p makan kat kedai pun mau RM7-8 jugak



Boleh pilih la ye nak set mana. Ikut budget masing masing. bagi Ainul set RM6 pun dah sangat best. Kenyang kami 1 family.





Ini gambar yang sempat Ainul snap. Almaklum la demam. dan kena melayan orang orang demam. Makanan sedap, bersih. dan berbaloi la beli. Puas hati

Kepada yang mungkin ada mak ayah yang dok kt rumah sorang sorang ke, atau kita duduk rumah dengan anak anak. mana sempat nak masak order je sonang. Lagipun ini homemade food. Masakan rumah.

Kalau korang nak order sila whatsapp ke number dalam gambar tu ye. Jangan whatsapp Ainul pulak nak order nasi. Order Shaklee boleh whatsapp Ainul. hihihihi


Hilangkan eye bags atau lingkaran Hitam Bawah Mata dengan Cepat Guna Krim ni ajee

$
0
0
jadi mak mak ni korang jangan mimpi la nak tidoq lena. tidur dibuai mimpi mimpi indah aje..lagi lagi bila anak umur bawah 2 tahun. Setiap malam confem asyik bangun nak menyusu. Itu hakikat yang kita kena terima bila kita bersedia untuk menjadi seorang ibu

Bila tidur asyik tak cukup, tak lena muka pun boleh jadi sembap.Muka tak bermaya dan paling obius tang mata la. Mata jadi lebam, orang cakap lingkaran hitam bawah mata atau eye bags. benda biasa je kan tapi kalau tak dikawal boleh jadi makin teruk dan buatkan kita nampak lesu, dan nampak lebih tua dari usia sebenanr. Oh ! NO !!!



Semua wanita nak nampak cantik, vogue, ceria, menarik depan suami dan orang lain pun kan. Baru la ada keyakinann diri. Ni jumpa kawan kawan yang sebaya tapi kita nampak lagi tua. adoi!! siapa la yang sanggup nak terima kenyataan iteww


Ni Ainul nak share 1 krim best punya. dah la best lepas tu takde bahan kimia tau. 100% organik dan selamat untuk mata. Siapa yang pakai contact lens pun bagus pakai.



6 Cara Pakai Krim Mata (Eye Cream) Dengan Betul Supaya Berkesan


  1. Gunakan hanya jari manis untuk meratakan krim mata kerana hanya jari ini mempunyai pressure paling lembut 
  2. Jangan tarik kulit sekitar mata 
  3. Jangan gosok krim mata, tapi tepuk-tepuk lembut dengan jari manis untuk membantu penyerapan 
  4. Gunakan hanya sedikit krim mata (size of a pea) 
  5. Tak perlu apply terlalu dekat dengan mata kerana krim mata boleh menyerap dalam jarak 1 inci di sekitar kulit mata 
  6. Bagi yang menggunakan mekap, tunggu minima 90 saat sebelum menggunakan concealer


Terbukti secara klinikal:


  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu 
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu 
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu 
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu 
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu 
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata 
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut 
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap




Tengok la akak cantik ni. ada 3 dah tau tapi muka still cun macam budak sekolah. 







Harga eye treatment ni murah je uolss. 1 tiub hanya RM55 je.

Nak order kat mana? 

Boleh whatsapp akak cantik di 013-3612717 ye. 

Pembukaan Butik Mumsluv Blouse, Dress Ibu Menyusu Cantik Elegent

$
0
0
Tahniah kepada kakak Ainul atas pembukaan Butik Mumsluv pertama nya di Bangi Gateway. Bertahun tahun buat online akhir berjaya buka Butik exclusive di Bangi


Perasmian Butik ini disempurnakan oleh ayah kami sendiri Hj Mohd Mustafa Bin Ahmad. Ramai cakap bertuah kami datang dari family business. Ayah saya adalah pesara kakitangan kerajaan. Mak pun surirumah je. Alhamdulillah mak ayah sentiasa support apa jua yang anak anak dia lakukan. Janji buat yang terbaik.



Apa yang best di Butik Musmluv ni? Harus la blouse, dress, baju kurung exclusive untuk ibu menyusukan. Yang best baju dia cantik sampai yang tak menyusu pun beli. Taknak la macam baju mak mak menyusu



baju yang Ainul pakai baju kurung Ainy batch 2nd kalau tak silap. memang hot kurung ni sebab kain dia lembut dan paling BEST pujaan ramai wanita sebab tak payah gosok. hihihihi

lepas tu kain dia boleh mix & match dgn blouse dan baju kurung tu boleh juga pakai dengan jeans, palazo.

Koleksi Mumsluv kurung Ainy batch ke 3 ni corak yang abstrak.

Contoh baju Kurung Ainy yang Ainul pakai bunga bunga ni. Corak ni dah takde tau. koleksi lama. Yang baru yang abstrak tu ye


Ni raya 2015 punya gambar tau... Dah macam Ainul cakap tadi kain baju kurung ni boleh dijadikan skirt pulak. Pakai dengan blouse Nuha dari Mumsluv




A photo posted by Ainul Mustafa (@ainul_mustafa) on






Ini antara kolesksi lain dari Butik Mumsluv . Semua nya ada sales. Jadi rugi la tak cepat cepat p grab.

Lagi 1 baju sales adalah kurung kalsom. Ini pun hot sales. Koleksi raya tahun ni. Tapi still hot meletops permintaannya




Ainul pun ada 1 koleksi tau.. warna hijau ini.


Ainul & adik adik. kami semua pakai baju dress dari Mumsluv.


Dekat website Mumsluv pun tengah ada sales sekarang. cepat terjah sebelum habis. Jangan cakap akak tak payung ye

Butik Mumsluv di Bangi Gateway 
Sebelah Teh Tarik Place



Resepi Kerabu pucuk paku taugeh kerang Senang Dan Sedap

$
0
0



Ternampak dekat group masak apa hari ini. terus mengidam. Mak selalu buat ni. Adoi lama tak makan.


Resepi Kerabu pucuk paku taugeh kerang...



Cara nak buat senang je uolss. Sedap sehingga menjilat jari.hihi


  • Pucuk paku (celur)
  • Taugeh (celur kalau suka tapi saya tak celur sebab nak ianya rangup)
  • Kerang (rebus dan kopek isi nya ye)
  • Bwg besar hiris halus
  • Kerisik
  • Asam jawa - kalau ada limau nipis pun lagi sodap
  • Cili Padi. ikut suka nak letak banyak mana. 
  • Garam gula


Gaul je semua ..rasa cukup masam manis masin.. siapppp !!











Viewing all 367 articles
Browse latest View live