Quantcast
Channel: Ainul Mustafa
Viewing all articles
Browse latest Browse all 367

Gindaco Hidangkan Takoyaki Nombor 1 Jepun Di Malaysia

$
0
0

Siapa suka makan Takoyaki? Feveret Ainul tu. Selalu beli 5 ketul pun tak cukup. Istimewa buat peminat takoyaki, kini Gindaco Hidangkan Takoyaki Nombor 1 Jepun Di Malaysia



Lagi BEST dimana takoyaki Snek berbentuk bebola yang dibuat daripada tepung gandum premium berintikan sotong itu kini boleh didapati di AEON Shah Alam, dan akan dikembangkan sehingga 40 cawangan dalam tempoh tiga tahun.

Hotland Co director Ishihara Kazuhiro and Loob Holding managing director Bryan Loo hope to bring the joy of premium takoyakis to Malaysians


Sotong yang digunakan diperoleh daripada lautan di benua Afrika dan setiap takoyaki akan mengandungi lapan gram sotong berkualiti tinggi.

Menurut Pengarah Urusan Loob Holding, Bryan Loo, komitmen mereka untuk menggunakan bahan-bahan yang berkualiti walaupun kos sotong yang digunakan adalah 50 peratus daripada kos bahan-bahan mentah kami. Untuk adunan, mereka menggunakan tepung gandum berkualiti tinggi dan sup stok makanan laut.
 


Gindaco menyediakan empat pilihan takoyaki iaitu rasa Original, Negidako, Cheese Mentaiko dan Teritama. Perisa Original adalah produk utama Gindaco. Ia disiram dengan sos istimewa Gindaco dan ditabur dengan rumpai laut kering dan kepingan bonito. Sementara itu Negidako dihidangkan dengan sos celup tempura dan ditabur dengan lobak putih dan bawang hijau serta rumpai laut kering dan kepingan bonito.

Bagi perisa Cheese Mentaiko, ia ditabur dengan keju mozzarella, pasli kering dan keju parmesan. Bukan itu sahaja kerana ia juga dihidangkan dengan telur ikan kod berempah dalam sos mayo Jepun dan sos soya berkualiti tinggi.

Bagi Teritama, ia disiram dengan sos premium teriyaki serta mayo Jepun dan ditabur dengan salad telur segar, rumpai laut kering dan kepingan bonito serta tujuh rempah terkenal Jepun.
Selain takoyaki, Gindaco juga menghidangkan yakisoba – mi soba Jepun yang digoreng dengan hirisan kubis, hirisan ayam, rumpai laut hijau kering dan kepingan bonito. Semua makanan Gindaco tidak mengandungi daging khinzir.



jadi buat peminat takoyaki jom ke Gindaco di Aeon Mall Shah Alam di Seksyen 13, Shah Alam


Viewing all articles
Browse latest Browse all 367

Trending Articles